Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang beraksi cemerlang untuk mengejutkan pilihan keempat Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand.
Pasangan Malaysia itu memerlukan 41 minit untuk menang 21-18, 21-19.
Ia bukan mudah buat Kian Meng-Pei Jing yang ketinggalan 13-9 di set pertama namun pasangan Malaysia itu bangkit mengejar kedudukan 14-14 kemudian kepada 16-16.
Kian Meng-Pei Jing berjaya mengutip empat mata berturut-turut kepada kedudukan 20-16 namun membenarkan pasangan Yhailand merapatkan kedudukan.
Kembali tenang, Kian Meng-Pei Jing berjaya mata akhir untuk menang set pertama 21-18.
Set kedua dahului 6-4 sebelum thailand sama kedudukan 11 sama... Tetapi kian meng / pei jing terus memimpin perlawanan dengan sentiasa mendahului kedudukan mata.
Sehinggalah kepada kedudukan 19 sama apabila kian meng / pei jing lebih tenang dalam mengawal emosi untuk memastikan dua mata akhir milik mereka dengan kemenangan 21-19.
"Saya sangat gembira, sukar untuk menjelaskannya namun perjalanan kami belum berakhir kerana kami akan berusaha untuk melangkah ke final," kata Pei Jing.
"Kami tidak meletakkan tekanan yang terlalu tinggi, kami akan cuba memberikan tumpuan kepada kemampuan kami sendiri," kata Kian Meng menerusi Nadi Arena.
Ammar Hakim
Fri Sep 08 2023