Tchouameni bakal terlepas final UCL, Euro 2024
Najmi Iman
Mei 25, 2024 08:53 MYT
Mei 25, 2024 08:53 MYT
Pemain kebangsaan Perancis, Aurelien Tchouameni, berkemungkinan terlepas perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropa (UCL) yang keduanya akibat kecederaan yang dialami di kakinya.
Pemain berusia 24 tahun itu sudah membuat 38 penampilan dalam semua kejohanan bersama juara Laliga, Real Madrid, namun, diketepikan ketika menentang Bayern Munich dalam saingan separuh akhir UCL, awal bulan lalu.
Di sebalik kecederaan itu, Tchouameni juga berpotensi terlepas aksi saingan Piala Euro 2024 yang akan berlangsung bermula 15 Jun ini di German.
"Tchouameni sedang melakukan proses pemulihan tetapi saya menjangkakan pemain itu tidak bersedia menjalang perlawanan akhir UCL," kata ketua jurulatih, Carlo Ancelotti.