Ronaldo mampu jadikan Real pasukan pilihan
Ammar Hakim
Ogos 3, 2020 07:20 MYT
Ogos 3, 2020 07:20 MYT
Cristiano Ronaldo mampu menjadikan Real Madrid pilihan untuk aksi timbal balik pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) untuk bangkit daripada ketinggalan 2-1 ketika berdepan Manchester City, menurut Emmanuel Adebayor.
Los Blancos tewas 2-1 di Santiago Bernabeu dalam aksi pertama pusingan 16 UCL Februari lalu, namun saingan tersebut ditangguh ekoran pandemik koronavirus.
Real cemerlang selepas saingan LaLiga bersambung Jun lalu, menang 10 dan seri dalam aksi terakhir mengatasi Barcelona untuk menjulang trofi liga, kemenangan pertama mereka sejak musim 2016-17.
Bekas penyerang City dan Real, Adebayor, berkata skuad kendalian Zinedine Zidane itu masih lagi memiliki barisan pemain yang mampu mengubah keputusan perlawanan tetapi dengan kehadiran Ronaldo –- yang menang empat UCL bersama Real sebelum berhijrah ke Juventus -- mampu meningkatkan peluang mereka.
"Jika anda bertanyakan soalan itu dua tahun lalu, saya berasakan ya [Real mampu mengubah keputusan perlawanan]," kata Adebayor.
"Real mampu jadi pasukan pilihan bersama Ronaldo. Ketika mereka memilikinya, dia merupakan mesin gol. Dia mampu mengubah situasi pada bila-bila masa dan mampu meledak 50 gol semusim.
"Mereka tewas dalam aksi pertama dan sukar untuk mengharungi perlawanan tanpa penonton, berdepan Manchester City, cuaca namun ia tidak mustahil.
"Real memiliki pemain berpengalaman seperti Marcelo, [Karim] Benzema, [Thibaut] Courtois dan mereka sudah biasa dengan perlawanan ini."
⏪ Memorable @Cristiano Ronaldo free-kicks ?#UCL | #MondayMotivation pic.twitter.com/S4cpG5W8y0
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) April 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tanpa Ronaldo, mereak mengetahui kekurangan yang mereka hadapi tetapi mereka berkemungkinan akan menang jika dia masih lagi bersama pasukan.
"Saya berasakan pemain seperti Ronaldo hanya hadir 200 tahun sekali."