Cristiano Ronaldo telah meletakkan sasarannya untuk beraksi di pentas Euro 2024 dan penyerang Portugal dan Manchester United itu berkata dia tidak bercadang untuk bersara dalam masa terdekat.
“Perjalanan saya belum berakhir, anda perlu bersabar dengan 'Cris' untuk sementara waktu lagi,” kata Ronaldo pada Selasa, selepas menerima trofi pada anugerah Quinas de Ouro persekutuan bola sepak Portugal (FPF) di Lisbon kerana menjadi penjaring gol terbaik pasukan kebangsaan sepanjang zaman.
“Saya mahu menjadi sebahagian daripada Piala Dunia dan Euro, saya berasa sangat bermotivasi. Cita-cita saya masih lagi tinggi,” kata pemain berusia 37 tahun itu.
Ronaldo telah menjaringkan 117 gol dalam 189 penampilan Portugal dan menjangkakan untuk bermain dalam kejohanan antarabangsa ke-10 utamanya untuk negaranya di Qatar 2022.
Dua gol penyerang itu menentang Republik Ireland pada September 2021 membolehkannya memintas 109 gol yang dijaringkan oleh pemain hebat Iran, Ali Daei sebagai penjaring rekod antarabangsa.
Ronaldo akhirnya kekal di Manchester United pada musim panas ini walaupun spekulasi dia akan bertukar kelab, dan walaupun berada di bangku simpanan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (English Premier League) dia menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir pasukan itu di Moldova ketika bertemu FC Sheriff dalam saingan Liga Europa.
Ammar Hakim
Thu Sep 22 2022