Lionel Messi mengetuai Inter Miami untuk memenangi Piala Liga Liga Bolasepak Utama (MLS) buat julung kalinya, sebentar tadi.

Penjaga gol, Drakde Callender, menjadi watak sebenar kejayaan mereka apabila menafikan Nashville SC dalam perlawanan akhir yang berlanjutan ke penentuan penalti apabila menyelamatkan tendangan Randall Leal dan sepakan ke-11 oleh Elliot Panicco.


Ketua pasukan Argentina itu memecah kebuntuan pada minit ke-23 sebelum jaringan Fafa Picault mengimbangi kedudukan untuk aksi ditentukan menerusi penentuan penalti.

Messi turut dinobatkan selaku Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak kejohanan yang turut menjadi trofi ke-44 dalam kariernya, sekali gus mengangkatnya sebagai pemain paling banyak mengumpul kejuaraan.