Liverpool membuat permohonan agar perlawanan itu ditunda berikutan penularan jangkitan COVID-19 di kem mereka dan permohonan itu sah diluluskan malam tadi.
Kelangsungan aksi berkenaan menjadi tanda tanya selepas penolong jurulatih Liverpool, Pep Lijnders, disyaki positif ujian COVID-19.
Terdahulu, Lijnders diberi tanggungjawab untuk mengambil alih The Reds bagi perlawanan di Stadium Emirates itu memandangkan pengurus, Jurgen Klopp, masih dalam tempoh pengasingan selepas positif virus berkenaan.
Bagaimanapun, Lijnders kini menyertai pengurus berbangsa Jerman itu dalam senarai pengasingan pasukan berkenaan dan satu sidang media khas telah diadakan bagi memaklumkan bahawa rancangan itu sudah boleh dilupakan memandangkan perlawanan berkenaan telah ditunda.
Perkembangan terbaru itu dimaklumkan sehari selepas Liverpool mengemukakan permohonan rasmi untuk perlawanan separuh akhir pertama berkenaan ditunda selepas mengesahkan peningkatan drastik kes disyaki positif koronavirus di kem mereka sehingga sesi latihan dibatalkan.
Liverpool kini akan menjadi tuan rumah perlawanan separuh akhir pertama yang dijadualkan semula pada 13 Januari ini sebelum aksi kedua dilangsungkan di Stadium Emirates seminggu kemudian.
Our Carabao Cup semi-final, first-leg fixture with Arsenal on Thursday has been postponed.
— Liverpool FC (@LFC) January 5, 2022
We would like to place on record our thanks to the EFL and Arsenal for their understanding, as well as supporters of both clubs, as we continue to navigate through this challenging period.