Rice tidak dapat menyertai sesi latihan England kelmarin kerana tidak sihat, sekali gus menimbulkan kegusaran mengenai kemampuannya untuk beraksi menentang pasukan juara bertahan, Perancis, awal pagi Ahad ini.
Bagaimanapun, Phillips, yang merupakan gandingan Rice ketika England layak ke final Euro 2020 tahun lalu, meredakan kegusaran mengenai keberadaan pemain tengah West Ham berkenaan.
"Saya percaya Dec (Rice) sudah cergas," kata Phillips dalam sidang media sebelum perlawanan itu.
"Dia sudah kembali berlatih dan dia kelihatan baik."
Wishing @TheGeoffHurst a very happy birthday! ??????? pic.twitter.com/KS4wU5u94t
— England (@England) December 8, 2022
Selepas memainkan peranan penting dalam Euro 2020 tahun lalu, Phillips hanya dapat beraksi selama 40 minit sebagai pemain gantian di Qatar memandangkan dua baru sahaja pulih daripada pembedahan bahu.
Bagaimanapun, Phillips menegaskan bahawa dia bersedia menggantikan Rice seandainya pemain itu berdepan kesukaran ketika menentang Perancis.
"Jika ada sesuatu berlaku, saya bersedia untuk berada di sana dan akan melakukan yang terbaik untuk kekal cergas sepanjang 90 minit.
"Saya mahu beraksi sebarapa lama yang boleh. Tidak kira sama ada Dec atau saya yang akan diturunkan, kami akan melakukan yang terbaik," katanya lagi.