Paralimpik Tokyo 2020: Dua pemanah negara catat rekod terbaik semusim dalam pusingan ranking terbuka
Muzaffar Musa
Ogos 27, 2021 15:53 MYT
Ogos 27, 2021 15:53 MYT
Dua pemanah negara mencatatkan rekod terbaik musim ini dalam pusingan ranking terbuka Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Lapangan Memanah Yumenoshima sebentar tadi.
Dalam acara compound individu lelaki, Wiro Julin merekodkan 673 mata untuk menduduki tangga ke-26 daripada 36 peserta.
Seterusnya, pemanah negara itu akan meneruskan saingan dalam pusingan penyingkiran pertama dengan berdepan wakil Jawatankuasa Paralimpik Russia (RPC), Bair Shigaev, petang esok.
#Archery | 27 Ogos Wiro Julin menamatkan Men's Individual Compound - Open Ranking Round di tempat ke-26 mengutip 673 mata. Ia juga merupakan 'season best' Wiro! ?? Dia akan beraksi di elimination round esok. #Paralympics #Tokyo2020 #KamiLuarBiasa #unifiedMalaysians #DemiMalaysia
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam acara recurve individu lelaki, sandaran pingat emas negara, S. Suresh menamatkan pusingan ranking terbuka dengan mengumpulkan 579 mata untuk menduduki ranking ke-28 daripada 31 pemanah.
Atlet berusia 28 tahun kelahiran Kedah itu akan meneruskan saingan dalam pusingan penyingkiran pertama dengan bertemu seorang lagi pemanah RPC, Tsydendorzhiev, pada Jumaat depan.
PARALIMPIK TOKYO 2020 Suresh menamatkan acara ranking round RMO di kedudukan ke-28 dengan pungutan markah 579. Suresh akan beraksi dalam Men's Individual Elimination Round 1/16 vs Tsydendorzhiev (RPC) ?? (WR 5) pada 03 September 2021 nanti All the best Suresh #DemiMalaysia pic.twitter.com/vAKLWfwAIa
— #TeamMALAYSIA (@AtletMalaysia) August 27, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Kredit foto: KBS Malaysia