SUKAN LAIN
Natasha gembira dalam tekanan
Ketika skuad boling negara mencetuskan sensasi di pentas Kejohanan Asia di Kuwait, terdapat dua atlet yang giat melakukan persiapan di tanah air menjelang saingan Piala Dunia di Palembang, Indonesia, bulan depan.
Atlet kebangsaan, Adrian Ang dan Natasha Roslan, kini memiliki tempoh dua minggu lagi sebelum memulakan cabaran di Palembang dan melihat rakan seangkatan mencipta kejayaan di Kuwait, kedua-dua atlet itu bertekad untuk meneruskan kecemerlangan.
"Semestinya. Memang ada sedikit tekanan tetapi kami perlu tampilkan aksi terbaik. Dalam masa sama, saya fikir ia perkara positif untuk menaikkan nama Malaysia di pentas Piala Dunia nanti," kata Natasha.
Iklan
"Setakat ini, saya dan Adrian bersedia untuk menggalas cabaran negara dalam Piala Dunia, dua minggu lagi."
Must-Watch Video