EPL

Jadon Sancho menuju pintu keluar Manchester United

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
12/09/2023
08:48 MYT
Sponsor Banner
Jadon Sancho menuju pintu keluar Manchester United
Selepas buntu menjernihkan situasi bersama pengurus, Erik ten Hag, Jadon Sancho bersedia untuk meninggalkan Manchester United.
Menurut laporan The Star, kedua-dua pihak itu gagal menyelesaikan perselisihan di antara mereka.
Sancho dipertaruhkan dalam tiga perlawanan musim ini dan meluahkan kekecewaan terhadap kekurangan minit permainannya tetapi komitmennya di latihan dikritik oleh pengurus kelab itu hingga namanya langsung tidak disenaraikan ketika tewas kepada Arsenal, dua minggu lalu.
Malah, Sancho kononnya sempat dihantar untuk menjalani latihan khusus di Belanda di bawah pemantauan jurulatih kepercayaan Ten Hag.
Dalam masa sama, Daily Mail mendedahkan bekas pemain sayap Ajax, Aston Villa dan Everton, Anwar El Ghazi, menjadi pilihan alternatif bagi menampung posisi yang tempang.
Pemain berusia 28 tahun dari Belanda itu merupakan ejen bebas selepas meninggalkan PSV Eindhoven musim lalu melalui persetujuan bersama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video