LIGA INGGERIS
Erling Haaland silap pilih kelab -- Carragher
Erling Haaland mungkin tersilap memilih menyertai Manchester City yang boleh mengekang perkembangan potensi sebenarnya, kata Jamie Carragher.
Pemain antarabangsa Norway itu mendahului carta gol Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan 25 gol dalam 20 perlawanan, tetapi City sering dibayangi prestasi lalu.
Dalam kekalahan 0-1 kepada Tottenham, awal pagi tadi, Haaland gagal membuat sebarang sentuhan di kotak penalti lawan dan ia kali pertama berlaku dalam musim sulungnya di England.
Iklan
Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola berkenaan terlepas peluang untuk mengurangkan defisit kepada Arsenal yang menguasai puncak dengan lima mata, malah mereka kini hanya duduk tiga mata di depan seteru ketat, Manchester United.
City dianggap makin lemah di sebalik kehadiran Haaland malah Carragher mendakwa bekas penggempur Borussia Dortmund itu mungkin telah tersilap menyertai pasukan yang sesuai dengan corak permainannya.
"Saya rasa kita hanya melihat 60 peratus daripada keupayaan Erling Haaland. Bayangkan gol yang dilakarkan ketika menentang West Ham apabila ada ruang di belakang dan dia menyusup ke dalamnya," katanya kepada Sky Sports.
27 touches for Haaland today, but not a single one in the box.The first time that's happened in the league all season#TOTMCI pic.twitter.com/RJKtMwigtX— Opta Analyst (@OptaAnalyst) February 5, 2023
"Saya tahu itu jarang berlaku memandang corak permainan City. Dia hadir daripada liga yang mengamalkan serangan balas (Bundesliga).
"Anda boleh melihat kepantasannya tapi kami tidak dapat melihatnya di sini. Dia mungkin telah memilih kelab yang salah untuk menggilap prestasi terbaik.
"Kita tidak dapat melihat kualiti sebenar Haaland. City mengulangi catatan gol musim lalu yang menyaksikan 25 gol telah disumbangkan Haaland. Jadi ia tetap jumlah yang serupa.
"Bagaimanapun, mereka kini lebih kerap bolos dan lebih mudah untuk ditembusi melalui serangan balas. Mereka merupakan pasukan yang berbeza dan lebih kerdil apabila mempunyai Haaland dalam pasukan. Ia bukan salahnya.
"City tidak akan beraksi melalui serangan balas. Ia bukan cara Pep Guardiola. Pemainnya tidak mempunyai tenaga atau kuasa untuk bermain seperti itu -- mereka membina permainan dengan perlahan-lahan dan menekan lawan ke dalam kotak penalti mereka.
"Apabila mereka kehilangan bola, mereka memenanginya semula dengan cepat dan memastikan pasukan kembali di posisi. Haaland telah menyumbangkan 25 gol liga dan kebanyakannya merupakan gol yang masuk ke dalam kotak penalti dan dia yang menyumbatnya.
"Tetapi kami tidak dapat melihat pakej penuh kemampuannya disebabkan pasukan yang disertainya."
Must-Watch Video