Erik ten Hag: Manchester United tewas atas kesilapan sendiri
Ammar Hakim
Mei 5, 2023 08:02 MYT
Mei 5, 2023 08:02 MYT
Erik ten Hag meratapi kekalahan yang 'menjengkelkan"' di Brighton ketika harapan Liga Juara-Juara Manchester United mengalami kemunduran.
Pemain tengah Seagulls, Alexis Mac Allister, menyempurnakan sepakan penalti pada minit kesembilan masa tambahan selepas bola terkena tangan Luke Shaw yang tidak dapat dijelaskan dihukum berikutan campur tangan VAR.
Kekalahan dramatik 1-0 di Stadium Amex menjejaskan aspirasi kelompok empat teratas United, meninggalkan mereka hanya empat mata di atas Liverpool di tangga kelima, walaupun berkelebihan satu perlawanan.
Ten Hag mengakui pasukannya menyumbang kepada kejatuhan mereka sendiri.
Pengendali kelahiran Belanda itu berasakan pembukaan penuh aksi di mana Antony mensia-siakan peluang keemasan sebelum penjaga gol David De Gea menafikan percubaan pemain sayap Albion, Kaoru Mitoma.
“Setiap kekalahan adalah mengecewakan tetapi akhirnya apabila anda tewas pada saat terakhir, itu sudah tentu amat menjengkelkan,” kata pengendali United, Ten Hag.
“Dan saya berasakan dari minit pertama merumuskan segala-galanya. Kami mencipta peluang yang baik, kami tidak cukup klinikal.
"Dan akhirnya, kami juga memberikan gol dan ia amat menjengkelkan kerana jika anda tidak boleh menang anda tidak seharusnya pulang tanpa sebarang mata."
Ten Hag menambah lagi, "Perkara yang menjengkelkan ialah sepakan percuma sebelum (sepak sudut) bukanlah sepakan percuma dan saya telah melihat terjahan yang sangat teruk hari ini, dan ia tidak dilihat sebagai satu kekasaran," katanya.
“Ia bukan tentang saya untuk memberikan penilaian tentang pengadil. Kami kalah dalam perlawanan ini, kami membuat kesilapan pada akhirnya dan kami tidak mengambil peluang kami tetapi sudah tentu ada beberapa kekecewaan.”
Manchester United away against teams in the top nine of the Premier League: Brentford 4-0 Man Utd Man City 6-3 Man Utd Aston Villa 3-1 Man Utd Arsenal 3-2 Man Utd Liverpool 7-0 Man Utd Newcastle 2-0 Man Utd Spurs 2-2 Man Utd Brighton 1-0 Man Utd W0 D1 L7 -20GD ? pic.twitter.com/ToingmIWOZ
— B/R Football (@brfootball) May 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.