EPL
EPL: Mykhailo Mudryk cuba sehabisnya sesuaikan diri di Chelsea
Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino, berkata Mykhailo Mudryk sedang menunjukkan usaha yang keras untuk menyesuaikan diri dengan hidup di England dan memenuhi potensinya sebagai pemain unik selepas permulaan sukarnya di Stamford Bridge.
Pemain Ukraine itu berpindah dari Shaktar Donetsk pada Januari lalu tetapi dia tidak selalu berada dalam kesebelasan utama Chelsea dan masih belum dapat menjaringkan gol pertamanya bersama The Blues.
Dia kehilangan banyak waktu permainan sepanjang 12 bulan ini, di mana perang di Ukraine telah mengakibatkan liga domestik mereka digantung dan sebelum ketibaannya di Chelsea, dia hanya dapat melakukan 44 penampilan profesional bersama Shakhtar.
Ia merupakan kali pertama pemain berusia 22 tahun itu berhijrah keluar dari Ukraine dan Pochettino sebelum ini pernah menyuarakan bahawa pemain muda dalam pasukannya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan budaya baru apabila menyertai kelab di England.The hard graft. ? pic.twitter.com/NfGQfpFgd5— Chelsea FC (@ChelseaFC) October 1, 2023
Iklan
Mudryk memulakan tiga perlawanan terakhir Chelsea dan kini kelihatan berpotensi untuk menyerlah, yang turut dibantu dengan keakrabannya bersama seorang lagi penyerang baru, Nicolas Jackson.
Dan Pochettino berkata pemain sayap itu sedang berusaha dengan sebaik mungkin seperti yang dijangka dapat dilihat daripada barisan pemainnya dalam usaha mendapatkan satu skuad ampuh yang serasi selepas berbelanja besar sepanjang tahun ini.
"Hidup pemain ini, apabila anda terlalu muda, ia pasti akan berubah," kata pengurus itu, yang pasukannya memiliki purata umur 23 tahun dan paling muda dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
"Anda mengeluarkan perbelanjaan yang besar, mereka melalui perubahan besar apabila tiba di sini. Juga anda tidak boleh menjangkakan mereka tiba dan terus beraksi baik sedangkan mereka masih muda.
"Ia tentang penyesuaian, ia tentang membantu mereka menyesuaikan diri. Perkara paling sukar adalah untuk memahami apa yang mereka perlukan untuk menyesuakan diri dan berasa selesa untuk menunjukkan bakat mereka.
"Jika anda tanya saya tentang Misha, dia sudah pasti pemain yang amat berbakat tetapi ia memerlukan masa. Sudah pasti budaya di sini berbeza buat orang Latin, buat mereka yang dari negara lain atau dari mana-mana sahaja bahagian di dunia.
"Dia pemain yang unik. Saya tidak nampak pemain lain sepertinya. Ia satu cabaran yang baik buatnya dan ia cabaran buat kami juga," katanya.
Must-Watch Video