Gabriel Jesus menjaringkan dua gol untuk Arsenal kekal berkelebihan lapan mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan Leeds United 4-1 lewat malam tadi.
Jesus menandakan kepulangannya sejak November lalu dengan menjaringkan gol dalam setiap separuh masa di Stadium Emirates sambil Ben White dan Granit Xhaka turut mencatatkan nama selaku penjaring gol Arsenal.
Walaupun Manchester City terus memberikan tekanan dengan kemenangan 4-1 ke atas Liverpool dalam perlawanan lebih awal, pasukan bimbingan Mikel Arteta itu jelas tidak terjejas untuk selesa meraih kemenangan liga ketujuh berturut-turut.
Jaringan Rasmus Kristensen memberikan sedikit harapan buat Leeds tetapi gol daripada Xhaka membuktikan bahawa ia sekadar menjadi jaringan sagu hati buat pelawat, yang hanya dibezakan jumlah jaringan daripada zon penyingkiran.
Arsenal membuka jaringan pada 10 minit terakhir babak pertama apabila Jesus tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan Luke Ayling.
Tuan rumah kemudian menggandakan kelebihan mereka selepas dua minit perlawanan bersambung, di mana White menyudahkan lintangan gemilang Gabriel Martinelli.
Jesus memperoleh gol keduanya berselang lapan minit, kali ini susulan satu gerakan cantik bersama Leandro Trossard.
Leeds merapatkan jurang pada minit ke-76 apabila percubaan Kristensen terbias ke badan Oleksandr Zinchenko tetapi Xhaka segera menamatkan harapan itu dengan menanduk masuk umpanan Martin Odeegard untuk memastikan kemenangan Arsenal.
Four goals.
— Arsenal (@Arsenal) April 1, 2023
Three points.
Two Gabby goals.
One big team win. pic.twitter.com/tAmZFZltbB