Presiden Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK), Zuraidin Abdullah, mengesahkan yang dia akan bertanding bagi jawatan presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).
Dan jika terpilih untuk mengemudi badan induk speak takraw negara, terdapat beberapa penambah-baikan yang ingin dilakukan selain merombak pasukan kebangsaan.
Sementara itu, bekas pemain sepak takraw negara, Hafizie Manap, menegaskan sesiapa yang bakal menerajui kerusi nombor satu PSM nanti harus berusaha untuk menjernihkan kembali hubungan dengan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).
Sebelum ini, ASTAF telah melucutkan keahlian PSM itu selepas didapati bersalah melanggar perjanjian bertulis kepada Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) yang termeterai 14 Mac 2008.
Jika isu tersebut tidak diselesaikan dengan baik, ia bakal memberikan kesan jangka masa panjang buat barisan pemain negara, khususnya ketika mahu menyertai kejohanan antarbangsa di bawah kelolaan badan induk sukan sepak takraw Asia.
Ammar Hakim
Wed Feb 02 2022