Skip to main content

Bola Sepak

UNL: Sepanyol kekal pinggirkan Gavi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gavi.jpg
Pemain tengah Barcelona, ​​Gavi, terlepas menyertai skuad Sepanyol yang akan berhadapan Belanda dalam suku akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL) bulan ini.

Pemain berusia 20 tahun itu kembali beraksi untuk kelabnya sejak Oktober lalu selepas hampir setahun tidak beraksi akibat ditimpa kecederaan lutut dijangka membuat kemunculan antarabangsa dalam perlawanan suku akhir pada minggu depan. 

Bagaimanapun, ketua jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente, telah mengenepikan pemain tengah itu biarpun memainkan peranan penting dalam membantu mereka memenangi Liga Negara-Negara pada 2023.

Sementara itu, pertahanan Real Madrid itu, Raul Asencio, menerima panggilan senior pertamanya sementara pertahanan Barca, Inigo Martinez, turut dimasukkan selepas tidak beraksi dalam kempen kemenangan EURO 2024.

 

"Raul mengharungi musim yang hebat. 

"Dia pernah berada tersisih tetapi nampaknya beberapa pemain telah mempercepatkan perkembangan mereka," kata De La Fuente.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video