Undian EURO 2024: Scotland sekumpulan dengan Jerman, England lawan Denmark
Zaki Zainal
Disember 3, 2023 13:07 MYT
Disember 3, 2023 13:07 MYT
Scotland akan menentang Jerman dalam perlawanan pembukaan EURO 2024 selepas diundi dalam kumpulan yang sama dengan tuan rumah.
Hungary dan Switzerland melengkapkan Kumpulan A, manakala England dalam Kumpulan C bersama Denmark, Slovenia dan Serbia.
Wales akan berada dalam Kumpulan D bersama Perancis, Belanda dan Austria pada kejohanan musim panas akan datang sekiranya mereka layak melalui play-off Mac nanti.
Jerman akan menentang Scotland kendalian Steve Clarke dalam perlawanan pembukaan di Allianz Arena di Munich awal pagi tadi.
Finalis Euro 2020, England, akan memulakan kempen mereka pada 16 Jun menentang Serbia.
Juara bertahan Itali, yang menewaskan pasukan Gareth Southgate menerusi penentuan penalti pada final 2020, akan menentang juara tiga kali Sepanyol, Croatia dan Albania dalam Kumpulan B.
Perlawanan akhir Euro 2024 akan berlangsung pada 14 Julai di Olympiastadion Berlin.
Kumpulan A: Jerman, Scotland, Hungary, Switzerland
Kumpulan B: Sepanyol, Croatia, Itali, Albania
Kumpulan C: Slovenia, Denmark, Serbia, England
Kumpulan D: Pemenang play-off A, Belanda, Austria, Perancis
Kumpulan E: Belgium, Slovakia, Romania, Pemenang Play-off B
Kumpulan F: Turki, pemenang Play-off C, Portugal, Republik Czech
Pemenang play-off A: Poland, Wales, Finland, Estonia
Pemenang play-off B: Israel, Bosnia-Herzegovina, Ukraine, Iceland
Pemenang play-off C: Georgia, Greece, Kazakhstan, Luxembourg