Penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi, tidak dapat berlatih selama lapan hari berikutan peraturan venue pertandingan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sukan menembak membuka tirai hari ini dan mana-mana penembak yang tidak berkesempatan menguji Lapangan Sasar Asaka itu tidak lagi berpeluang melakukannya.
Namun, selaku peserta berpengalaman itu tidak melatah untuk menghadapi cabaran sebenar 50 meter rifle tiga posisi wanita pada Sabtu depan.
Wakil negara mencecah umur 39 tahun itu pernah melalui situasi terbatas dengan mengadakan latihan menggunakan batang mop di rumahnya, apatah lagi menerima perkhabaran kelayakannya ke temasya Tokyo 2020 pada saat-saat akhir apabila sempat menjalani latihan intensif selama sebulan sahaja.
"Kami telah buat persediaan awal, walaupun tidak berlatih seperti sepatutnya, kami masih boleh buat aktiviti lain.
"Biasanya acara ini dia cuma perlu dapatkan rentak posisi dan kedudukan yang sempurna.
"Kami sudah biasa dan dia juga berpengalaman. Tapi sebaiknya kami dapat berlatih," kata jurulatih negara, Yusri Jusoh.

#GanbatteMalaysia on Day 2! #Tokyo2020 pic.twitter.com/5v1EqyPAId
— Stadium Astro ? (@stadiumastro) July 24, 2021