Skip to main content

Olimpik

Tokyo 2020: Shah Firdaus tiada kecederaan serius, masih mahu berlumba esok

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shah-firdaus-tokyo-olympics_1.jpg
Pelumba basikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan masih mahu berlumba dalam suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Tokyo 2020 pagi esok, demikian dimaklumkan wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, sebentar tadi.

Bagaimanapun, keputusan sama ada dia akan dibenarkan untuk berlumba akan diketahui sebelum perlumbaan itu.

Pelumba negara berkenaan mengalami kemalangan dalam saringan kedua acara itu sehingga tidak dapat meneruskan perlumbaan selepas ia dimulakan semula.

Dia kemudian melawan kesakitannya untuk meraih tempat kedua pusingan repechage, sekali gus layak untuk bersaing di peringkat suku akhir.

Nantikan Nadi Arena malam ini bagi mengikuti perkembangan penuh pelumba negara berkenaan.

*Kredit foto: asiana.my

 

Advertisement

Must Watch Video