Tokyo 2020: Seorang lagi atlet judo tarik diri enggan bertemu wakil Israel

Ammar Hakim
Julai 26, 2021 06:45 MYT
Mohamed Abdalrasool dari Sudan, menarik diri daripada Sukan Olimpik Tokyo 2020 daripada bertemu atlet Israel, Tohar Butbul, menjadi bintang judo kedua yang meninggalkan temasya itu daripada menghadapi lawan dari Israel.
Atlet berusia 28 tahun itu, tidak muncul untuk pertarungannya melawan Tohar Butbul yang berusia 27 tahun dalam kategori 73 kiloggram semalam.
Hal ini berlaku setelah pemain berusia 30 tahun Algeria, Fethi Nourine, menarik diri daripada temasya tersebut minggu lalu.
Nourine dan jurulatih, Amar Benikhlef, mengumumkan keputusan mereka untuk menarik diri daripada pertandingan Khamis lalu kerana berpotensi untuk bertemu lawan dari Israel.
Dia memberitahu TV Algeria bahawa dia tidak mahu tangannya kotor dan menarik diri adalah tindakan yang betul.
Nourine juga mengatakan "kami telah bekerja keras untuk lolos ke temasya tersebut, tetapi perjuangan Palestin lebih besar daripada semua itu.
"Kedudukan saya konsisten dalam isu Palestin, dan saya menolak normalisasi, dan jika saya tidak hadir dalam Sukan Olimpik, Tuhan tidak akan menghukum."
#Israel #Sukan Olimpik Tokyo 2020 #Mohamed Abdalrasool #Sudan #Tohar Butbul
;