OLIMPIK TOKYO

Tokyo 2020: Panahan 'Perfect 10' atlet Korea singkir Khairul Anuar

Ammar Hakim 31/07/2021 | 01:12 MYT
Cabaran pemanah negara, Khairul Anuar Mohamad, dalam saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir selepas tersingkir daripada pusingan 16 acara recurve individu lelaki sebentar tadi.
Pemanah berpengalaman Khairul Anuar, sebelum ini menampilkan aksi cemerlang menempah slot ke pusingan 16 apabila mengatasi wakil Finland, Antti Vikstrom, dan wakil China, Wang Dapeng.
Bertemu atlet pilihan kelima kejohanan, Kim Woo-jin, yang telah memenangi pingat emas acara berpasukan lelaki, menjadi halangan buat Khairul Anuar dalam merebut slot ke suku akhir.
Bagaimanapun, Woo-jin membuktikan kemampuannya dalam pertembungan dengan wakil negara apabila memastikan kemenangan dalam tiga set dengan keputusan 6-0.
Di sebalik panahan yang cemerlang ditampilkan Khairul Anuar, 'perfect 10' daripada Woo-jin menjadi pemisah antara kedua-dua atlet sekaligus menyaksikan cabaran Malaysia terhenti dalam pusingan 16.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Khairul Anuar Mohamad #Sukan Olimpik Tokyo 2020
;