OLIMPIK TOKYO

Tokyo 2020: Olimpik bakal jadi pengalaman berharga buat Azreen -- Watson

Ammar Hakim 15/07/2021 | 12:15 MYT
Bekas pelumba pecut negara, Watson Nyambek, berpandangan penampilan Azreen Nabila Alias dalam Sukan Olimpik pada usia muda adalah satu peluang terbaik untuk dia melebarkan kariernya.
Olimpian negara yang pernah beraksi dalam Sukan Olimpik edisi Atlanta dan Sydney itu mahu Azreen kekal fokus dan tidak diselebungi perasaan tertekan dan gemuruh untuk sekurang-kurangnya dapat memperbaiki catatan terbaik peribadinya.
Watson percaya pentas Olimpik merupakan platform terbaik buat semua atlet mempelajari sesuatu perkara yang berharga.
"Ini adalah peluang terbaik Azreen bagi meneruskan karier ke peringkat lebih tinggi. Saya berharap dia akan dapat melakukan catatan terbaik. Belajar dan meraih pengalaman ketika berada dalam kalangan barisan atlet bertaraf elit dunia," kata Watson.
"Azreen masih muda, masih memiliki banyak masa untuk terus meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi."
#Sukan Olimpik Tokyo #Tokyo 2020 #Azreen Nabila Alias #Watson Nyambek
;