Skip to main content

Olimpik

Tokyo 2020: Nur Dhabitah hampir raih pingat gangsa 3m papan anjal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nur-dhabitah-sabri_1.jpg
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, hampir meraih pingat gangsa dalam final acara terjun 3 meter papan individu wanita selepas menamatkan saingan itu di tangga keempat sebentar tadi.

Dalam aksi di Pusat Akuatik Tokyo itu, Nur Dhabitah, 22, mengumpulkan markah keseluruhan 326.15 mata, hanya ketinggalan 17.6 mata di belakang pemenang pingat gangsa dari Amerika Syarikat, Krysta Palmer.

Jaguh China, Shi Tingmao, menepati ramalan selaku pemenang pingat emas dengan 383.50 mata manakala rakan senegaranya, Wang Han (348.75 mata), memenangi pingat perak.

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan kedua Nur Dhabitah di pentas Sukan Olimpik selepas edisi di Rio pada 2016.

 
*Kredit foto: asiana.my

Advertisement

Must Watch Video