Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) memenangi emas berpasukan lelaki gimnastik artistik Sukan Olimpik Tokyo.
Denis Abliazin, David Belyavskiy, Artur Dalaloyan dan Nikiti Nagornyy menjadi pemenang pertama dari Eropah dalam acara berpasukan Sukan Olimpik sejak 1996 di Pusat Gimnastik Ariake.
Nagornyy memasuki rutin terakhir mengetahui terpaksa membantu pasukan selepas kutipan mata rendah daripada Abliazin dan Dalaloyan.
Dia cemerlang di bawah tekanan, memastikan ROC (262.500) mengatasi Japan (262.397) selepas China (261.894) terpaksa akur dengan pingat gangsa.
Dalaloyan mengalami kecederaan Achilles pada pertengahan April, namun dia membuat pemulihan yang luar biasa untuk mengambil tempat teratas podium.
Dia berkata, "Selepas kecederaan seperti ini, saya menghargai usaha ini dan mahu melakukan lebih banyak lagi. Sekarang saya tahu semua latihan yang saya lakukan bukan sia-sia. Pingat ini sememangnya tidak ternilai harganya."
"Apabila tiba di Tokyo, saya masih tidak mampu melakukan beberapa rutin dengan baik. Pada hari ketiga dan keempat saya dapat mempamerkan perkembangan yang positif."
Ditanya mengenai menyaksikan Nagornyy beraksi dalam rutin lantai ketika pingat emas menjadi rebutan, dia berkata, "Rasa gugup itu sukar untuk dibayangkan. Kami bersiap sedia untuk segala-galanya, terutama bagi rutin lantai."

The first #Artistic #Gymnastics ??? of @Tokyo2020!! ???
— FIG (@gymnastics) July 26, 2021
Full results https://t.co/zDjruz43EP#Tokyo2020 #Olympics #StrongerTogether pic.twitter.com/JYGhok2F68