Ratu berbasikal trek, Laura Kenny, meraih pingat emas yang kelima sepanjang kariernya apabila bergandingan bersama Katie Archibald untuk memenanginya untuk Great Britain.
Kenny, yang merupakan juara omnium dan pecut berpasukan dalam Sukan Olimpik London 2012 dan Rio 2016, menjadi wanita Britain pertama untuk meraih pingat emas dalam tiga edisi Sukan Olimpik.
Archibald turut cemerlang acara pecut berpasukan di Rio lima tahun lalu, dan dia serta Kenny membuktikan gandingan mantap apabila melakar kejayaan dalam acara madison (berganti-ganti).
Mereka memperoleh 78 mata, dengan wakil Denmark, Amalie Dideriksen-Julie Leth, meraih tempat kedua dengan 35 mata dan wakil Majlis Olimpik Russia (ROC), Gulnaz Khatuntseva-Mariia Novolodskaia, di tempat ketiga dengan 26 mata.
Kemenangan Kenny meningkatkan catatan pungutan pingat emas berbasikal trek wanita.
Daripada semua pesaing dalam sukan berbasikal, hanya suaminya, Jason Kenny dan rakannya dari Britain, Chris Hoy yang memenangi lebih banyak pingat emas, dengan kedua-dua atlet itu telah memperoleh enam pingat emas.
Dalam kalangan Olimpik wanita Britain, tiada yang meraih lebih banyak pingat emas berbanding Kenny, yang turut memperoleh perak dalam acara pecut berpasukan Selasa lalu.