EURO 2024
Terkini Final EURO 2024: Lamine Yamal hapus rekod 66 tahun milik Pele
Selepas menyambut hari kelahirannya semalam, Lamine Yamal, sekali lagi mencatatkan rekod baharu apabila menjadi pemain termuda berusia 17 tahun diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan Sepanyol menentang England dalam perlawanan akhir Euro 2024 di Stadium Olimpia, Berlin, sebentar nanti.
Lebih menakjubkan, Yamal mengatasi rekod yang dipengang oleh legenda Brazil, Pele, sekitar 66 tahun lalu apabila beraksi dalam pentas akhir Piala Dunia 1958 ketika berumur 17 tahun 249 hari.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Minggu lalu, pemain Barcelona itu turut mencatatkan nama sebagai penjaring termuda dalam sejarah pertandingan ketika perlawanan separuh akhir menentang Perancis.