Terkini EURO 2024: Usia 16 tahun jadikan Lamine Yamal penjaring termuda sejak 1960

Najmi Iman
Julai 9, 2024 04:11 MYT
Pemain muda sensasi, Lamine Yamal, mencipta sejarah dalam Euro 2024 apabila dia menjadi penjaring termuda dalam sejarah pertandingan itu ketika perlawanan separuh akhir menentang Perancis, awal pagi ini.
Pemain kebangsaan Sepanyol itu berusia 16 tahun dan 362 hari selain memecahkan rekod itu dengan bergaya apabila menjaringkan gol menerusi rembatan jarak jauh yang menakjubkan menewaskan penjaga gol Perancis, Mike Maignan.

?? Lamine Yamal becomes the youngest scorer in EURO history ?#EURO2024 | #ESPFRA pic.twitter.com/tp7lRJooxn

— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jaringan tersebut hadir pada minit ke-21 permainan selepas Randal Kolo Muani menanduk bola untuk meletakkan Perancis di hadapan.
Berikut merupakan senarai penjaring termuda sepanjang kejohanan Euro diadakan:
1) Lamine Yamal 16 tahun
2) Johan Vonlanthen 18 tahun
3) Wayne Rooney 18 tahun
4) Renato Sanches 18 tahun
5) Dragan Stojković 19 tahun
6) Arda Güler 19 tahun
7) Cristiano Ronaldo 19 tahun
8) Ferenc Bene 19 tahun
9) Cristian Chivu 19 tahun
10) Patrick Kluivert 19 tahun
#bola sepak #Sepanyol #Euro 2024 #Lamine Yamal
;