Skip to main content

Bola Sepak

Terkini Euro 2024: Florian Wirtz hidupkan peluang Jerman, ikat Sepanyol

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wirtz.jpg
Florian Wirtz menjaringkan gol pada minit terakhir waktu sebenar untuk Jerman bangkit mengikat Sepanyol 1-1 dalam aksi suku akhir Euro 2024 ketika ini.

Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang 45 minit pertama, pemain gantian, Dani Olmo, meletakkan Sepanyol di depan pada minit ke-51 dengan menyudahkan hantaran Lamine Yamal ke gawang Manuel Neuer.

Ketika perjuangan pasukan tuan rumah itu seakan-akan sudah berada di hujung tanduk, Wirtz memastikan masih ada perjuangan yang perlu diteruskan skuad bimbingan Julian Nagelsmann berkenaan apabila bijak menghidu hantaran tandukan Joshua Kimmich sebelum melepaskan penyudah rendah menewaskan Unai Simon, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.


 

Advertisement

Must Watch Video