SUKAN LAIN

Terbuka AS: Zverev mara ke separuh akhir, tamat penantian 25 tahun

Stadium Astro
Ammar Hakim
08/09/2020
22:06 MYT
Sponsor Banner
Terbuka AS: Zverev mara ke separuh akhir, tamat penantian 25 tahun
Alexander Zverev mengatasi Borna Coric dalam pertembungan empat set untuk memenangi aksi suku akhir Terbuka AS, sebentar tadi.
Novak Djokovic yang tersingkir kerana memukul bola ke arah penjaga garisan telah membuka persaingan perseorangan lelaki di Flushing Meadows dan kedua-dua pemain telah dihimpit tekanan sepanjang kejohanan.
Pilihan kelima, Zverev -- yang memiliki 12 double faults -- mempamerkan aksi yang agak perlahan berbanding kebiasaan sebelum meraih kemenangan 1-6, 7-6 (7-5), 7-6 (7-1), 6-3 dan menempah aksi separuh akhir kedua dalam saingan grand slam selepas melangkah ke separuh akhir dalam Terbuka Australia Januari lalu.
Zverev kini bakal berdepan Pablo Carreno Busta atau Denis Shapovalov untuk melangkah ke final.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video