Kontaveit, yang menjuarai Terbuka St Petersburg dua minggu lalu, melebarkan rekod kemenangannya kepada lapan perlawanan berturut-turut dengan menewaskan Jabeur 6-4, 6-1.
Perlawanan berlangsung sengit dalam set pertama sebelum Kontaveit memenangi 15 daripada 16 mata ketika kedudukan terikat 4-4 sebelum memenanginya dan mendahului 2-0 pada awal set kedua.
Jaguh Estonia itu, yang hanya merekodkan 12 'unforced error' sepanjang perlawanan berkenaan, kemudian memungut 12 daripada 15 mata terakhir untuk layak pusingan berikutnya.
"Ketika ini, saya amat menikmatinya kerana saya rasakan tahap saya amat bagus dan saya bermain dengan amat baik," kata Kontaveit, yang memenangi sembilan daripada 13 perlawanan terakhir menentang pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia.
"Saya rasa saya mempunyai keyakinan untuk pergi jauh pada setiap minggu yang saya beraksi, dan saya kini tidak lagi meletakkan batasan mental seperti yang saya alami sebelum ini."
Too good from ?? @AnettKontaveit_
— wta (@WTA) February 24, 2022
She takes out Jabeur 6-4, 6-1 and now awaits the winner Muguruza/Ostapenko.#QatarTennis pic.twitter.com/8EivxNE6Cf