Aksi turun-naik itu akhirnya memihak pemain Brazil berkenaan biarpun lawan daripada Amerika Syarikat, Riske, mempamerkan aksi hampir sempurna dalam set kedua.
Haddad Maia memulakan aksi dengan permainan kukuh dan mengungguli set pertama 6-4 dengan memenangi 90 peratus daripada keseluruhan matanya melalui servis pertamanya (18 daripada 20 mata).
Bagimanapun, pemain pilihan keenam, Riske, tampil dengan aksi lebih garang dalam set kedua untuk mendahului 5-0 sebelum menang 6-1 -- hanya melakukan lima 'unforced error'.
Haddad Maia, yang diletakkan sebagai pemain pilihan keenam, berusaha dengan gigih pada awal set penentuan dan sekali lagi tewas kepada Riske dalam game ketiga tetapi dia tidak menunggu lama untuk melakukan kebangkitan.
Biarpun agak berang dengan keputusan penjaga garisan sewaktu game ketujuh, Haddad Maia sekali lagi meraih mata break untuk mendahului 5-3 sebelum memanfaatkan servis di tangannya untuk meraih gelaran pertamanya dalam acara perseorangan Jelajah WTA.
FIRST WTA SINGLES TITLE FOR BIA ?
— wta (@WTA) June 12, 2022
?? Beatriz Haddad Maia overcomes Riske in three sets to take the trophy in Nottingham!#RothesayOpen pic.twitter.com/29bRgGUzHT