SUKAN LAIN
Terbuka Malaysia: Jian Han mahu lakukan catatan masa terbaik
Pecah rekod kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh tiga minggu bukan mustahil buat perenang negara, Tern Jian Han, menjelang acara 50m kuak lentang dalam Kejohanan Terbuka Malaysia di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, bermula Khamis ini.
Jian Han menamatkan kemarau 16 tahun untuk memecah rekod Alex Lim Keng Liat dalam acara 50m kuak lentang dalam Sukan Komanwel Gold Coast 2018 yang berakhir dua minggu lalu.
Tumpuan mula diberikan terhadap perenang kelahiran Johor ini menjelang Terbuka Malaysia, apatah lagi catatan 25.83 saat miliknya menyaksikan dia tidak mempunyai pencabar serius di pentas Asia Tenggara.
Iklan
Lebih menarik, Jian Han akan memburu emas hatrik dalam Terbuka Malaysia.
"Saya berharap dapat memecahkan rekod kebangsaan yang merupakan milik saya. Kali ini, saya menyertai 100m dan 200m, jadi diharapkan dapat mencipta rekod baru.
"Dalam masa tiga minggu, saya rasa saya mampu memecahkan rekod baru kerana dalam sesi latihan, segalanya berjalan rapi," katanya.
Walaupun kini merupakan perenang terpantas dalam acara itu, ia masih belum cukup untuk menjamin pingat dalam Sukan Asia Indonesia, Ogos depan.
Dalam edisi kali ini, Jian Han akan turut beraksi dalam 100 dan 200m kuak lentang.
Must-Watch Video