Pemain pilihan utama, Frances Tiafoe, memenangi dua perlawanan dalam tempoh sehari untuk ke separuh akhir Kejohanan Tenis Terbuka Houston hari ini.

Hujan berterusan di Houston menyaksikan saingan itu terpaksa dibatalkan selama tiga hari berturut-turut dan ia menyaksikan terlalu banyak perlawanan perlu segera diselesaikan dalam tempoh sehari.

Dalam sesi sebelah pagi, Tafoe menewaskan Steve Johnson 6-2, 6-4 dalam pusingan kedua.

Dia kemudian mengatasi pemain pilihan keenam dari Australia, Jason Kubler 6-4, 6-4 dalam suku akhir.

Pemain Amerika Syarikat itu, yang hanya dapat berehat dua jam setengah di antara dua perlawanan berkenaan, berkata: "Saya sudah lama tidak bermain dua perlawanan dalam satu hari.

"Saya fikir ia sesuatu yang luar biasa saya dapat turun beraksi dan bermain dengan amat baik."

Tiafoe seterusnya akan bertemu wakil Belanda, Gijs Brouwer, bagi penentuan ke final esok selepas pemain itu mengatasi pilihan keempat, John Isner, 6-4, 7-6 sebelum menewaskan pemain pilihan kelima, J.J. Wolf, 6-3, 6-4.