Nick Kyrgios mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Stefanos Tsitsipas dalam Kejohanan Tenis Terbuka Halle awal pagi tadi.

Kyrgios tewas kepada Andy Murray dalam separuh akhir di Stuttgart minggu lalu tetapi kali ini, dia memperbaiki kelemahannya untuk menewaskan Tsitsipas 5-7, 6-2, 6-2.

Servis kedua jelas menjadi kekuatan Kyrgios, di mana dia memenangi 76 peratus (28 daripada 37) daripada keseluruhan matanya melalui servis kedua dan 58 peratus (23 daripada 40) lebih baik berbanding yang dilakukan lawannya.

Dia seterusnya akan berdepan Pablo Carreno Busta dalam suku akhir selepas pemain pilihan keenam dari Sepanyol itu menewaskan Sebastian Korda 6-4, 0-6, 6-3.