Tenis Dubai: Swiatek, Halep, Krejcikova ke pusingan kedua
Muzaffar Musa
Februari 14, 2022 07:05 MYT
Februari 14, 2022 07:05 MYT
Iga Swiatek, Simona Halep dan Barbora Kerjcikova hanya berdepan sedikit kesukaran untuk layak ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Dubai awal pagi tadi.
Pemain bukan pilihan, Halep, yang menjuarai kejohanan itu pada 2020, hanya memerlukan sejam 11 minit untuk mengatasi Alison Riske 6-2, 6-4 dan kelihatan mahu melonjakkan semula rankingnya.
Pemenang dua kali gelaran grand slam itu menamatkan minggu lalu di ranking ke-23 dunia selepas mengalami kecederaan serius yang menjejaskan prestasinya sepanjang tahun lalu.
Sementara itu, pilihan kedua kejohanan, Swiatek, meraih kemenangan lebih selesa 6-1, 6-2 ke atas Daria Kasatkina dalam masa 65 minit.
Krejikova merupakan pemain pilihan utama dalam kejohanan edisi ini. Pemain Republik Czech itu, yang tewas kepada Garbine Muguruza dalam final tahun lalu, berdepan cabaran sengit daripada pemain peluang khas, Caroline Garcia, sebelum menang 6-4, 7-6.
A V-Day W ?? ?? @Simona_Halep gets past Riske in Dubai, 6-2, 6-4!#DDFTennis pic.twitter.com/4cbqL6GpgX
— wta (@WTA) February 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.