Tenis Dubai: Sinner jumpa Murray, Kachanov bertemu Djokovic
Muzaffar Musa
Februari 23, 2022 09:16 MYT
Februari 23, 2022 09:16 MYT
Jannik Sinner menyelamatkan tiga mata akhir bagi mengelak daripada dikejutkan Alejandro Davidovich Fokina dalam perlawanan pusingan pertama Kejohanan Tenis Dubai awal pagi tadi.
Selepas tewas set pertama, pemain nombor 10 dunia itu mengelakkan kekalahan dengan aksi getir penentuan tie-break dalam set kedua.
Pemain pilihan keempat itu kemudian mempamerkan aksi lebih meyakinkan dalam set ketiga untuk menewaskan Davidovich Fokina, 4-6, 7-6, 6-3.
Sinner, yang akan bertemu bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray, dalam pusingan kedua berkata: "Ia satu perlawanan yang amat sukar. Saya mengenalinya tetapi kami tidak pernah menentang sesama sendiri.
"Ia merupakan perlawanan pertama sesama kami dan ia agak mencabar, menyelamatkan tiga mata akhir. Yang pertama, saya agak bernasib baik kerana ia terkeluar tetapi ia tidak keluar terlalu jauh," katanya.
Back from the brink! After saving 3 match points, @janniksin comes back to defeat Davidovich Fokina 4-6 7-6 6-3 in Dubai ?#DDFTennis pic.twitter.com/6tBx0h9ZCl
— Tennis TV (@TennisTV) February 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Karen Khachanov memerlukan hampir tiga jam waktu permainan untuk menewaskan Alex de Minaur.
Dengan kemenangan itu, Kachanov akan berdepan Novak Djokovic dalam pusingan kedua selepas pemain nombor satu dunia itu kembali menyertai kejohanan kompetitif susulan kontroversinya dalam Terbuka Australia bulan lalu.