'Tanggungjawab saya sudah selesai', itu menjadi kenangan yang akan sentiasa segar dalam ingatan bekas Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Profesor Datuk Dr S. Shamala, selepas menabur bakti selama 24 tahun.
Melihat kepada skuad kebangsaan yang kini berada di tahap yang baik, Dr Shamala berasa ini adalah masa terbaik untuk melepaskan jawatannya dan tidak kesal untuk beralih tumpuan sepenuhnya pada kesihatan serta kuliah di Universiti Putra Malaysia.
"Saya berasa lega mengambil keputusan untuk meninggalkan KHM tahun ini. Sebelum ini telah mengambil keputusan kekal dan sudah tiba masa untuk berundur diri," katanya.
Ammar Hakim
Mon Jan 30 2023