Skuad taekwondo negara berhasrat untuk mendapatkan sentuhan rakan sepelatih dari Korea Selatan dalam usaha memastikan sasaran satu pingat emas dalam Sukan SEA Filipina mampu direalisasikan.

Tahun ini menyaksikan dua kategori, poomsae dan kyorugi, dipertandingkan dengan sejumlah 12 atlet yang dihantar mewakili negara tatkala sasaran di Filipina dikurangkan berbanding tiga emas yang diraih di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Sebelum ini, skuad negara mendapatkan khidmat jurulatih muda, Kim Hyeong Seob, dari Korea Selatan yang juga pernah menjadi rakan sepelatih bagi juara dunia Olimpik bagi membantu memperbaiki prestasi dan mengasah kemahiran atlet kebangsaan.

Buat masa ini, Taekwondo Malaysia (TM) sedang berusaha mendapatkan khidmat rakan sepelatih atlet nombor satu dunia yang juga dari Korea Selatan, Kang Wan Jin.

Untuk perkembangan lanjut, ikuti Nadi Arena jam 5.30 petang, 7.30 dan 11.00 malam.