Berbaki tujuh hari sebelum Sukan SEA Kemboja berlangsung, skuad gimnastik artistik negara berada di tahap terbaik sekaligus bersedia menampilkan aksi mantap pada 8 Mei.
Jelas bahawa gimnastik artistik antara sukan cenderung mengalami kecederaan, ketua jurulatih skuad negara, Ng Shu Liang buat persiapan teliti untuk memastikan atletnya bebas daripada sebarang masalah kesakitan bagi memastikan anak buahnya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam mempamerkan persembahan terbaik.
Shu Liang turut berkongsi penekanan latihan tujuh hari terakhir sebelum bertolak ke perkampungan sukan di Kemboja pada 4 Mei.
"Terdapat beberapa lagi perkara yang perlu diperkemaskan oleh atlet negara. Semua atlet sangat teruja untuk beraksi di Sukan SEA," kata ketua jurulatih, Ng Shu Liang.
"Saya percaya kemampuan mereka akan bertambah baik. Walaupun berdepan lawan yang lebih berkualiti, saya percaya pengalaman yang dimiliki atlet senior akan membantu semua yang bakal turun beraksi di Kemboja nanti."
Stadium Astro
Thu Apr 27 2023