SUKAN LAIN
Sukan SEA: Skuad chinlone bawa masuk tenaga pakar dari Myanmar
Bagi mencapai misi 'Kita Juara' dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan, skuad chinlone bertindak membawa masuk tenaga pakar dari Myanmar untuk mencabar emas, khususnya dalam acara linking.
Sejak diperkenalkan dalam Sukan SEA Myanmar 2013, Malaysia masih belum pernah merasai kilauan emas dalam acara chinlone.
Berbekalkan semangat tuan rumah dan mahu turut bersama dalam aspirasi menjadi juara keseluruhan, skuad negara serius dalam misi melunaskan harapan itu kali ini.
Iklan
Skuad chinlone membawa masuk tenaga pakar, antaranya bekas jurulatih Myanmar, Khamo Win, serta dua tonggak, Myo Zaw Oo dan Win Naing, yang menjadi wira menggapai emas di Myanmar pada 2013 dan Singapura 2015.
"Persatuan Sepak Takraw Malaysia menghubungi saya dan meminta saya bergabung bersama dua rakan lain untuk membantu skuad sepak takraw Malaysia," jelas Khamo.
Impak yang diberikan oleh tiga pakar ini ternyata menghadirkan suntikan buat skuad chinlone memandangkan sukan yang dimainkan enam orang sepasukan ini memerlukan teknik pengawalan bola takraw yang tinggi.
"Majlis Sukan Negara (MSN) meletakkan sasaran untuk kami meraih pingat emas pertama. Insya-Allah kami mampu melakukannya," ujar ketua jurulatih chinlone negara, Mohd Yusoff Abdullah.
Must-Watch Video