Sukan SEA: Sharmendran pembawa Jalur Gemilang di Kemboja

Ammar Hakim
April 27, 2023 19:43 MYT
Kurang 10 hari menuju temasya Sukan SEA Kemboja, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) hari ini (MOM) mengumumkan jaguh karate kebangsaan, R. Sharmendran dipilih sebagai pembawa jalur gemilang bermula 5 hingga 17 Mei depan.
Pelantikan Sharmendran berpandukan prospek pingatnya selain pengalaman mengutip pingat emas di temasya terdahulu.
Bakal berusia 31 tahun November ini, Sharmendran turun dengan misi memburu pingat emas keempat berturut-turut dalam acara kumite lelaki 75 kilogram selepas menang acara sama di Kuala Lumpur 2017, Filipina 2019 dan Vietnam 2021.
Sharmendran merupakan atlet karate kedua jadi pembawa Jalur Gemilang di upacara pembukaan Sukan SEA selepas R. Puvaneswaran dipilih di temasya Sukan SEA 2003.
"," katanya.

Penampilan ke-5 di Temasya Sukan Asia Tenggara yang bermakna untuk Sharmendran Raghonathan yang dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang di Kemboja nanti. Semoga berjaya, Sharmendran! #SEAGames32 #Cambodia2023 #OlympicMAS pic.twitter.com/uE2Zl64PK3

— Olympic Malaysia ??? (@olympicmas) April 27, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#karate #Sukan SEA
;