Sukan SEA: Nasihin buru emas kedua di Kemboja

Ammar Hakim
April 9, 2023 18:12 MYT
Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Nasihin Nubli Ibrahim, serius dalam buruan pingat emas kedua peribadinya di temasya dwitahunan itu, 10 tahun selepas membantu skuad kebangsaan meraih emas di Myanmar.
Nasihin sudah merangka aksi kompetitif untuk diharungi skuad kendaliannya yang bakal berdepan satu lagi kejohanan utama, selain Sukan SEA Kemboja iaitu Piala Remaja Asia di Jepun.
"Kami akan ke China untuk menjalani aksi saingan jemputan di sana bermula 15 April nanti," katanya.
"Ia akan digunakan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan keserasian di atas padang. Ini merupakan kali pertama buat barisan pemain-pemain muda untuk tidak menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri di luar negara.
"Saya berharap pengorbanan ini adalah menjadi sesuatu yang bermakna buat kami sepasukan."
#Hoki #Sukan SEA
;