Pesilat negara, Khairi Adib Azhar, menganggap kem motivasi yang diadakan adalah persediaan mental yang cukup baik sebelum berangkat ke Kemboja.

Jati diri sedang dibina Adib yang mengharapkan tiada sebarang kontroversi panas yang berlaku di temasya dwitahunan kali ini di dalam gelanggang.

Umum mengetahui apabila melibatkan sukan silat, seringkali isu panas akan berlaku terutama membabitkan pertembungan dengan pesilat Indonesia.

Adib mengharapkan situasi kali ini berbeza dan apa yang diperolehi daripada kem motivasi mampu membantunya mengawal emosi di gelanggang nanti.

Adib merupakan pemegang pingat emas dalam kelas putra B, selepas menewaskan Khoirudin Mustakim dari Indonesia di Hanoi.

Seramai 346 atlet mengikuti perhimpunan akhir Sukan SEA 2023, tidak termasuk atlet karate yang menjalani kem di Port Dickson, selain atlet olahraga yang kini bersaing di Terbuka Singapura.