OLAHRAGA
Sukan SEA Kemboja: Shereen Samson Vallabouy cipta sensasi menang emas 400m
Pelari negara, Shereen Samson Vallabouy, mencipta sensasi apabila mengungguli acara 400m wanita dalam Sukan SEA Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh sebentar tadi.
Shereen muncul pelari terpantas ke garisan penamat untuk memenangi pingat emas dengan catatan masa 52.53 saat.
Dua pelari Vietnam, Nguyen Thi Hang (53.27s) dan Nguyen Thi Huyen (53.27s), masing-masing muncul sebagai pemenang pingat perak dan gangsa.
Iklan
Ia merupakan musim yang cemerlang buat Shereen, di mana dia memecahkan rekod 52.56s milik Rabiah Salam dalam Kejohanan Universiti di Amerika Syarikat bulan lalu dengan melakukan 51.80s.
"Bagi saya, adalah penting untuk saya fokus kepada kemampuan dan larian saya kerana saya rasa setiap peserta sudah berusaha keras untuk berada di sini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Saya sentiasa mahu mencatatkan masa yang baik dan menjadi yang terbaik di sini.
"Jadi, fokus saya hanyalah terhadap perancangan saya dan ia benar-benar membantu mengurangkan tekanan."
"Sukan SEA Kemboja","Shereen Samson Vallabouy","Olahraga","400 meter"
Must-Watch Video