Sukan SEA Kemboja: Andre Anura sasar lompatan tekal
Shaiful Shamsudin
April 3, 2023 20:12 MYT
April 3, 2023 20:12 MYT
Jaguh lompat kijang negara, Andre Anura Anuar, menganggap masih terdapat pelbagai perkara yang harus diperbaiki menjelang Sukan SEA Kemboja 2023, bulan depan.
Meskipun mencapai misinya meraih kedudukan keempat dalam Kejohanan Terbuka Australia kelmarin, tetapi baginya tiada perbezaan besar dengan dirinya dan kedudukan ketiga terbaik bagi acara yang sama.
"Bukan masalah daripaada segi lompatan, cuma rentaknya tidak tekal.
"Jadi setakat ini rentak merupakan masalah besar buat saya.
"Saya perlu perbaikinya sebelum Terbuka Singapura (26-28 April depan).
"Nmaun, 16.1 atau 2 meter tapi bagi saya prestasi itu masih kurang sebab saya sepatutnya sudah mampu buat 16.5 meter," katanya.