Skuad takraw negara berdepan musuh tradisi lebih awal bagi acara regu lelaki dalam Sukan SEA Hanoi apabila Malaysia diundi dalam Kumpulan C di samping Thailand dan pasukan tuan rumah.
Dalam edisi ke-31 dari 12 hingga 23 Mei depan itu, hanya empat negara bersaing untuk merebut emas acara regu berpasukan dengan format liga sepusingan.
Bagi acara regu pula, Malaysia diundi dalam Kumpulan E bersama Indonesia dan Kemboja.
Skuad wanita negara pula berdepan laluan lebih mudah bagi acara regu berpasukan memandang hanya perlu bersaing dengan penyandang pingat emas, Thailand, Vietnam dan Laos.
Namun, laluan berliku menanti skuad wanita negara dalam regu dan kuadran.
Presiden Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, lega dapat membantu mengendali temasya dwitahunan itu tanpa sebarang acara digugurkan.
"Selepas berbincang dengan negara lain agar mengambil bahagian, saya gembira kerana ASTAF dapat menyelamatkan kelapan-lapan acara itu daripada digugurkan.
"Kami dapat menjalankan sepak takraw di Vietnam dengan baik sekali apabila akan menggunakan kamera (teknologi hawk eye) sekurang-kurangnya untuk dua gelanggang," kata Halim.
Shaiful Shamsudin
Sat Apr 23 2022