Kem bina badan negara mengadakan sesi pemilihan kedua bagi memilih atlet bina badan terbaik untuk mewakili negara ke Sukan SEA Vietnam yang bakal berlangsung Mei depan.

Antara atlet yang menjadi pilihan untuk mewakili negara ke Sukan SEA Vietnam berdasarkan pencapaian mereka di pentas antarabangsa adalah jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, Faiz Ariffin dan Meilaura Dora Jimmy.

"Keadaan saya tidak berapa bagus selepas balik daripada Kejohanan Dunia, mungkin 60-70 peratus.

"Sebenarnya pemilihan kali ini bukan untuk lihat kami bertanding -- (sebaliknya) nak tengok fizikal kami dalam keadaan baik atau tidak. Kami ada masa lima bulan lagi untuk buat persediaan," kata Syarul Azman.

Menurut Meilaura Dora: "Saya amat berpuas hati dengan pemilihan kali kerana lebih profesional dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat dan atlet pula memberikan kerjasama yang sepenuhnya."

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF), Leftenan Komander (B) Kamaruzaman Kadir, menjelaskan bahawa daripada 23 atlet yang hadir dalam sesi pemilihan hari ini, hanya 14 nama yang akan di bawa ke Majlis Sukan Negara(MSN) bagi sesi pemilihan seterusnya.

"Penganjur membenarkan setiap negara menghantar 14 atlet.

"Kami akan pilih dengan maksimum tetapi penapisan pemilihannya akan yang diketuai oleh MOM (Majlis Olimpik Malaysia) dan MSN (Majlis Sukan Negara) pada bulan ini atau depan," katanya.