Myanmar melengkapkan mimpi ngeri kempen futsal lelaki negara di Stadium Tertutup Ha Nam dalam Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.

Selepas dibelasah Thailand, Vietnam dan Indonesia skuad kendalian Chiew Chun Yong itu hampir dimalukan lawan berkenaan apabila ketinggalan 0-4 dalam separuh masa pertama.

Selepas bergelut untuk mengatur percubaan tepat, jaringan sulung Malaysia daripada Muhammad Ekmal Sharin -- turut menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-38 -- memulihkan keyakinan sebelum gol Azri Rahman dan Khairul Effendy menyusul.

Bagaimanapun, keputusan itu memastikan Myanmar menamatkan saingan liga sepusingan berkenaan di tempat keempat sementara Malaysia tercorot berikutan bolos 13 kali.

Dalam masa sama, Vietnam dan Thailand akan berentap bagi menentukan kejuaraan.