SUKAN LAIN

Sukan SEA Hanoi: Erry Hidayat perbaharui rekod kebangsaan

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
21/05/2022
08:45 MYT
Sponsor Banner
Sukan SEA Hanoi: Erry Hidayat perbaharui rekod kebangsaan
Atlet angkat berat 73kg negara, Erry Hidayat, mencipta kejayaan sendiri dengan memperbaharui rekod kebangsaan 312kg miliknya dua tahun lalu.
Anak kepada Hidayat Hamidon itu melakukan angkatan snatch seberat 143kg selain 173kg dalam clean and jerk untuk mengumpul angkatan seberat 316kg, sebentar tadi.
Namun, angkatan rekod kebangsaan itu belum mampu menggugat mencabar juara dunia 2021, Rahmat Erwin, dari Indonesia yang dikalungkan pingat emas Sukan SEA Hanoi selepas bergaya dengan angkatan 345kg disusuli wakil Thailand di tempat kedua dengan 321kg.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video