Sukan Olimpik Paris: Sembilan atlet dalam senarai awal Program Gold Paris 2024
Muzaffar Musa
Disember 20, 2022 22:12 MYT
Disember 20, 2022 22:12 MYT
Jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, dan jaguh badminton, Lee Zii Jia, antara sembilan atlet yang tersenarai awal dalam Program Gold Paris 2024 menjelang Sukan Olimpik Paris.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, ketika ditemui Nadi Arena, bagaimanapun enggan mendedahkan senarai penuh berkenaan atau jenis sukar yang terlibat tetapi pada masa sama menegaskan bahawa peluang masih terbuka buat setiap persatuan sukan kebangsaan untuk mengetengahkan atlet mereka bagi program berkenaan.
"Mereka sampai ke destinasi berdasarkan apa? Adakah melalui tiket peluang khas atau melalui kelayakan yang sepatutnya? Semua itu masih dalam penilaian kami," katanya dalam sidang media.
"Kerana itu sembilan atlet ini sudah sah akan berada dalam program ini disebabkan kedudukan ranking dunia mereka tetapi ia tidak menutup peluang mereka yang lain.
"Bagaimanapun, kami perlu memastikan kualiti juga kerana (pembahagian) dana amat penting," katanya.
Nadi Arena juga dimaklumkan bahawa juara dunia beregu lelaki dari sukan badminton, Aaron Chia- Soh Wooi Yik, turut berada dalam senarai awal itu.